Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan
Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII

Majlis Kesyukuran Sempena Perayaan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tunku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada Jun 2008, hari Jumaat bersamaan 02 Jamadilakhir 1429H bertempat di Masjid Setia Raja, Mukah. Majlis Kesyukuran tersebut dimuatkan dengan majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil. Para Jemaah turut diperdengarkan dengan tazkirah oleh Yang Berbahagia Dato Haji Che Min Che Ahmad. Selepas solat Isyak berjemaah diadakan Zikir Marhaban.

Majlis kesyukuran diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Yang Amat Berhormat Ketua menteri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajjah Laila Taib, dan tetamu Yang berhormat Menteri-Menteri dan Dif-Dif Kenamaan serta isteri/suami masing-masing, serta penduduk tempatan di sekitar Mukah.

Laman ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6.0 Resolusi 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara @ 2007 Jabatan Agama Islam Sarawak