|
| |
| |
Xpo
& Xplore 5S 2008
Jabatan Agama Islam Sarawak telah menyertai Xpo dan
Xplore 5S anjuran Tabung Baitulmal Sarawak dan Malaysia
Productivity Corporation pada 5 Julai 2008H bertempat
di perkarangan Tempat Letak Kereta Baitulmal Sarawak
yang bertema ‘Mengubah Kebiasaan Kita’.
BERITA
LANJUT
|
Seminar Keibubapaan Daerah Simunjan
Program yang bertemakan “ Ibu bapa sebagai role
model kepada anak-anak ” itu telah disempurnakan
majlis penangguhannya oleh YBhg. Datu Misnu bin Haji
Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. BERITA
LANJUT |
Program Derma Darah
Pada 1 Julai 2008 (Selasa), beberapa orang kakitangan
kerajaan Jabatan Agama Islam Sarawak ikut serta dalam
Program Derma Darah yang dianjurkan oleh MAKSAK Sarawak
dan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak.BERITA
LANJUT |
Konvensyen KMK Sektor Awam

Pada 24-25 Jun 2008 telah berlangsung Konvensyen
KMK Sektor Awam di Hotel ParkCity Everly Bintulu
dengan kerjasama dari Pejabat Residen Bahagian Bintulu,
anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti,
Jabatan Ketua Menteri. BERITA
LANJUT |
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan
Keputeraan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII
Majlis Kesyukuran tersebut dimuatkan dengan majlis
membaca Surah Yassin dan Tahlil. Para Jemaah turut
diperdengarkan dengan tazkirah oleh Yang Berbahagia
Dato Haji Che Min Che Ahmad. Selepas solat Isyak
berjemaah diadakan Zikir Marhaban.BERITA
LANJUT |
"
Selamat Kembali " daripada Warga JAIS
 Warga
JAIS mengucapkan SELAMAT KEMBALI ke Sarawak kepada
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Datu Misnu
Haji Taha. Beliau yang baru sampai dari Amerika
Syarikat setelah menamatkan kursus “Senior
Executive Fellows” di John F. Kennedy School
of Government, Harvard University, |
Majlis
Menandatangani Perjanjian Penyerahan Pengurusan
Dan Penyeliaan Tapak Tanah Perkuburan Islam Baru,
Sibu
 Sehubungan
itu, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebidang
tanah seluas 10.274 hektar di lot 1095, Blok 12,
Seduan Land District, sebagai tapak tanah perkuburan
orang-orang Islam di Bahagian Sibu yang telah diberi
hakmilik kepada Majlis Islam Sarawak. BERITA
LANJUT |
Latihan
Dalaman [In-House Trainning] Penyembelihan Halal
.jpg)
Pada 20 Mei 2008 bertempat di Chicwan Trading SB,
Bintulu. Pejabat Agama Islam Bintulu telah mengadakan
Latihan Dalaman [In-House Trainning] Penyembelihan
Halal.
BERITA
LANJUT |
Kursus Khemah Ibadah

Selasa 6 Mei 2008, bertempat di Surau Darul Furqan,
Taman Malihah Matang Kuching telah berlangsung Kursus
Khemah Ibadah anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Agama
Islam Sarawak. BERITA
LANJUT |
Lawatan Pendedahan Dan Kesedaran Amalan 5S Jabatan
Imigresen Malaysia, Negeri Sarawak.

JAIS Kuching – Rombongan Jabatan Imigresen
Malaysia Negeri Sarawak telah datang melawatan ke
Jabatan Agama Islam Sarawak untuk pendedahan dan
kesedaran amalan 5S pada Jumaat, 2 Mei 2008. BERITA
LANJUT |
Selamat Berkursus Kepada Datu Misnu Haji Taha
Warga JAIS mengucapkan selamat berkursus kepada
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Datu Misnu
Haji Taha yang telah berkhidmat hampir 8 tahun di
Jabatan Agama Islam Sarawak sejak 7 Julai 2000.
Beliau telah menerima hadiah dalam perkhidmatan
daripada Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak untuk
menghadiri kursus “Senior Executive Fellows”
di John F. Kennedy School of Government, Harvard
University, Amerika Syarikat. Warga JAIS mengucapkan
selamat berkursus kepada Pengarah Jabatan Agama
Islam Sarawak, Datu Misnu Haji Taha yang telah berkhidmat
hampir 8 tahun di Jabatan Agama Islam Sarawak sejak
7 Julai 2000. Beliau telah menerima hadiah dalam
perkhidmatan daripada Jabatan Ketua Menteri Negeri
Sarawak untuk menghadiri kursus “Senior Executive
Fellows” di John F. Kennedy School of Government,
Harvard University, Amerika Syarikat.
|
Garis Panduan Sijil Halal Perlu Dipatuhi.

Kuching, 16 April 2008 – Menteri Muda di Pejabat
Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Haji Daud
Abdul Rahman telah memuji para peniaga di Sarawak
kerana sentiasa mematuhi garis panduan Sijil Halal. BERITA
LANJUT |
Majlis Doa Selamat Dan Penyerahan Rasmi
 Bintulu
- Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Rasmi Bangunan
Pejabat Agama Islam Sarawak dan Jabatan Kehakiman
Syariah Sarawak telah pun diadakan pada 3 April
2008M. Seramai 100 orang wakil jabatan, agensi,
ketua masyarakat derat beberapa pertubuhan telahpun
hadir ke majlis tersebut. BERITA
LANJUT |
Festival Nasyid Negeri Sarawak Tahun 1429H/ 2008M
Penyertaan ke Festival Nasyid Negeri Sarawak Tahun
1429H/ 2008M adalah TERBUKA kepada
mana-mana kumpulan nasyid yang layak dengan dengan
menyerahkan rakaman penuh lagu-lagu nasyid dalam
bentuk cakera padat kepada Urus Setia Festival Nasyid
Negeri Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak pada
atau sebelum Isnin, 07 April 2008M/
30 Rabiulawal 1429H jam
4:00 petang. (pindaan 2008). Syarat
dan penyertaan Festival Nasyid.
|
Majlis Ucapan Perdana YDP 1429H/ 2008M
 Majlis
Ucapan Perdana Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia
Datu Haji Putit Matzen telah diadakan pada 2 April
2008 bertempat di Dewan Majlis Islam Sarawak. Majlis
tersebut telah dihadiri oleh kakitangan agensi islam
seperti MIS, JAKIM, Tabung Baitulmal Sarawak, BERITA
LANJUT |
Majlis Kesyukuran & Sambutan Maulidur Rasul
1429H

Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Negeri 1429H dihadiri kira-kira seramai 2,000 umat
islam membabitkan 129 kontigen bersemangat tanpa
menghiraukan keadaan hujan renyai untuk berkumpul
di dataran Bandar Sibu. BERITA
LANJUT |
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Sarawak 1429H/2008M
Majlis Kesyukuran
sempena sambutan Maulidur Rasul pada 19
Mac 2008 bertempat di Masjid An-Nur, Sibu.
Majlis
Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat
Negeri Sarawak 1429H/2008M
akan diadakan pada hari Khamis
20 Mac 2008, bertempat di Dataran Sibu. Orang
ramai adalah dijemput hadir. Penyertaan untuk menyertai
perarakan, Pertandingan Sepanduk dan Pertandingan
Hadrah amatlah dialukan. Hubungi Pejabat Residen
Sibu untuk keterangan lanjut
|
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429h Peringkat Negeri
Sarawak
Pada Majlis tersebut seramai 8 orang penerima berdasarkan
kategori masing-masing telah menerima Anugerah Maal
Hijrah 1429H yang telah disempurnakan oleh Yang
di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang
Haji Muhammad Salahuddin. BERITA
LANJUT |
Ucapan Perdana Pengarah JAIS & Majlis Pelancaran
Manual Kerja Versi Baru (Kemaskini) Dan Kod Etika
JAIS Tahun 2008
Ucapan
Perdana Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak begitu
sinonim dengan kehadiran tahun baru. Pada majlis
tersebut Yang Berbahagia Datu Misnu turut melancarkan
Manual Prosedur Kerja Versi Baru (Kemaskini) dan
Kod Etika Jabatan Agama Islam Sarawak.
BERITA
LANJUT |