Pada 25 Jun 2009, Unit Pembangunan Jabatan Agama Islam
Sarawak telah membuat penyerahan tapak projek bagi pembinaan
surau di enam tempat iaitu di Kampung Stapok, Kampung
Rantau Panjang, Kampung Sungai Maong, Taman Malihah, Taman
Sourabaya Indah dan Kampung Rampangi. Penyerahan tapak
projek telah dibuat oleh YBhg. Datu Misnu bin Haji Taha,
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Setelah projek pembinaan
surau itu siap nanti, diharap ianya dapat memberi keselesaan
kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah solat berjemaah
dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain.




