.jpg)
Pejabat
Agama Islam Bintulu telah mengadakan Latihan Dalaman
[In-House Trainning] Penyembelihan Halal pada 20 Mei
2008 bertempat di Chicwan Trading SB, Bintulu.
Latihan
dalaman ini diadakan bagi memberi penerangan tentang
konsep dan kaedah penyembelihan berdasarkan hukum syara’
dan Manual Prosedur Persijilan Halal Majlis Islam Sarawak.
Dengan kehadiran wakil pengurusan syarikat semasa latihan
ini, penjelasan tentang ketidakpatuhan [non-compliance]
dapat dikemukakan sekaligus membincangkan cadangan tindakan
pembetulan bagi memastikan amalan yang baik dan sesuai
dengan kehendak prosedur dan ketetapan syara’
sentiasa diambil perhatian.
Latihan
dalaman sehari yang dihadiri seramai 9 orang peserta
itu dikendalikan oleh Ustaz Khalipah Bin Juli, Pegawai
Agama Islam Bahagian Bintulu dan Ustaz Wan Sulaiman
Bin Wan Maulana, Pembantu Hal Ehwal Islam.