MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYERAHAN PENGURUSAN DAN PENYELIAAN TAPAK TANAH PERKUBURAN ISLAM BARU, SIBU

TARIKH : 27 MEI 2008
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SIBU

Seperti yang kita sedia maklum, Tanah Perkuburan Islam Sibu yang sedia ada sekarang terletak di Jalan Tun Aba.ng Haji Openg sudah padat dan amat memerlukan sebuah tapak yang baru bagi menampung kekurangan tersebut.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebidang tanah seluas 10.274 hektar di lot 1095, Blok 12, Seduan Land District, sebagai tapak tanah perkuburan orang-orang Islam di Bahagian Sibu yang telah diberi hakmilik kepada Majlis Islam Sarawak.

Pihak Majlis Islam Sarawak akan menyerahkan urusan pentadbiran, pengurusan, penyeliaan dan penyelenggaraan tapak tanah perkuburan tersebut kepada pihak Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS). Majlis Penyerahan Pengurusan dan Penyeliaan Tapak Tanah Perkuburan diadakan pada 27 Mei 2008 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Sibu di antara Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (YBhg. Datu Haji Putit bin Matzen) dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (YB Awang Bemee bin Pengiran Haji Awang Ali Basah) yang disaksikan oleh YB Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustrian).

Diharap dengan adanya tapak tanah perkuburan Islam yang baru ini dapat menyelesaikan masalah kepadatan tanah kubur yang sedia ada di Bahagian Sibu sekarang.



 
Laman ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6.0 Resolusi 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara @ 2007 Jabatan Agama Islam Sarawak