Erti doa adalah besar sekali kerana doa merupakan satu ibadat, menurut Rasulullah SAW.. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Keperluan terhadap doa juga besar, terutamanya di zaman moden kini apabila materialisme telah berjaya melekakan sebahagian besar umat Islam dengan begitu meluas sekali sehingga hati mereka mejadi keras seperti batu, atau lebih keras lagi dari itu.

Sesungguhnya, doa yang diambil dari sunnah akan mengingatkan setiap Muslim terhadap Tuhannya dan agar sentiasa rendah diri terhadapNYA di dalam setiap urusan harian hidup kita pada setiap masa di waktu siang dan malam. Dengan itu Musllim tersebut tetap beristiqamah dengan agamanya, mengingati Allah dan memperolehi pahala yang melimpah ruah, lidahnya sentiasa berterusan menyebut nama ALLAH.

 
 
 
   
Laman ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6.0 Resolusi 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara @ 2007 Jabatan Agama Islam Sarawak