Info
Syariah ini satu laman maklumat
yang memberi penekanan kepada masyarakat umum untuk
celik undang-undang terutama ordinan-ordinan yang
digunapakai dan dikuatkuasakan oleh agensi-agensi
di bawah naungan Majlis Islam Sarawak. Ordinan-ordinan
tersebut adalah :
1] Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001
2] Ordinan Mahkamah Syariah, 2001
3] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001
4] Ordinan Tatacara Mal Syariah, 2001
5] Ordinan Tatacara Jenayah Syariah, 2001
6] Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, 2001
7] Ordinan Keterangan Syariah, 2001
Penekanan pada peringkat ini adalah berkaitan pengetahuan
tentang kesalahan-kesalahan yang melibatkan 2 ordinan
syariah iaitu keluarga dan jenayah.
Selain itu, laman ini akan memberi maklumat tentang
prosedur pengaduan yang tepat dan juga memaparkan
artikel berkaitan pendidikan dan kesedaran.
Sila hubungi bahagian yang bertanggungjawab di bawah
ini, jika ada pertanyaan dan maklumbalas :
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
Tingkat 3, Anjung Kiri,
Bangunan Mahkamah Syariah
Jalan Satok, 93400, Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082 233914
BAHAGIAN PENDAKWAAN
Tingkat 3, Anjung Kiri,
Bangunan Mahkamah Syariah
Jalan Satok, 93400, Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082 421257
|