Peta Laman | Maklum balas / Komen | Mobile Web
  Malay  | English
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak | Official Website of Department Islamic Affairs of Sarawak
Kemaskini Pada: 12 Apr 2014
Versi 5.0.3


PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DAN PORTAL INFORMASI

E-Masjid E-Hidayah


Anjung Masjid 


Borang Permohonan E-HalalPortal Halal Malaysia


PIAGAM PELANGGAN

Picture


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN


HUBUNGI KAMI

Director,
Jabatan Agama Islam Sarawak 
Aras 14, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Lorong P.Ramlee Off Jalan P.Ramlee
93400 Kuching, Sarawak

Telefon : 082 507077/707
Faks : 082 258145
Emel : kgjaishq@sarawak.gov.my

Location Map


WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis
0800 am - 0100 pm
0200 pm - 0500 pm

Jumaat
0800  am - 1145 pm
0215 pm - 0500 pm


Program Ziarah Saudara Kita - SRI AMAN
Tarikh: 23 Sep 2013

Sumber : http://e-hidayah.sarawak.gov.my


SRI AMAN, 18 September - Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman telah mengadakan Program Ziarah Saudara Kita bertempat di Lingga. Turut menyertai bersama pihak Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sri Aman dan Urusetia Saudara Kita (USK) Cawangan Lingga.

Tujuan ziarah tersebut diadakan bagi memantau kemajuan kefahaman Islam dalam kalangan Saudara Kita setelah lama memeluk agama Islam. Selain itu juga, pihak yang terlibat ingin memantau dari segi kebajikan mereka supaya dapat diberi perhatian sepenuhnya samada dari segi pengetahuan mahupun kebajikan sara diri.

Daripada peninjauan tersebut juga, golongan sasaran ini juga telah telah diberi penerangan secara ringkas oleh pihak Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sri Aman berkenaan dengan permohonan bantuan bagi yang amat memerlukan.

Ziarah ini membawa pihak terlibat untuk menziarahi 10 buah keluarga Saudara Kita di samping turut menyampaikan sumbangan atau buah tangan kepada pihak keluarga. Sesungguhnya, sebagai tetamu yang bertandang di tempat orang pastinya merasa kurang lengkap tanpa membawa buah tangan.















Ziarah tersebut dilaksanakan oleh Ustaz Mustaqim Bin Jamain (PAIB Sri Aman), Puan Siti Daliya Binti Keli (TBS Sri Aman), Cik Noria Binti Haji Abdul Razak (TBS Sri Aman), Puan Rosnani Abdullah (Pengerusi USK Cawangan Lingga) dan Encik Hasmadi Bin Kuang (Pemandu).
 
Laporan Disediakan Oleh,
Ustaz Mustaqim Bin Jamain
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman

|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke TalikhidmatPautan ke MSC Malaysia