Peta Laman | Maklum balas / Komen | Mobile Web
  Malay  | English
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak | Official Website of Department Islamic Affairs of Sarawak
Kemaskini Pada: 16 Apr 2014
Versi 5.0.3


PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DAN PORTAL INFORMASI

E-Masjid E-Hidayah


Anjung Masjid 


Borang Permohonan E-HalalPortal Halal Malaysia


PIAGAM PELANGGAN

Picture


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN


HUBUNGI KAMI

Director,
Jabatan Agama Islam Sarawak 
Aras 14, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Lorong P.Ramlee Off Jalan P.Ramlee
93400 Kuching, Sarawak

Telefon : 082 507077/707
Faks : 082 258145
Emel : kgjaishq@sarawak.gov.my

Location Map


WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis
0800 am - 0100 pm
0200 pm - 0500 pm

Jumaat
0800  am - 1145 pm
0215 pm - 0500 pm


Sejarah Penubuhan Cetak Sejarah Penubuhan

PictureMengikut rekod yang ada, aktiviti dakwah Islamiah telah bermula sekitar kurun ke-16 di kawasan-kawasan persisiran negeri Sarawak. Bila Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1842, urusan berkaitan dengan Islam dikendalikan oleh Datu-Datu yang dilantik oleh kerajaan pada masa itu.

Pada 17 Disember 1954 kerajaan telah meluluskan satu perundangan dengan nama Majlis Islam (Incorporation) Ordinance Chapter 105. Dengan ordinan tersebut tertubuhlah "Council of Religion and Malay Customs" atau Majlis Islam dan Adat Melayu. Perkara yang berhubung dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak ditadbir secara langsung oleh Majlis Islam Sarawak.

Setelah Sarawak merdeka dalam Malaysia, tugas dan tanggungjawab Majlis Islam Sarawak dalam mengendali urusan hal ehwal Islam di Sarawak semakin mencabar dan berat. Beberapa pindaan dan tambahan telah dilakukan kepada Ordinan Majlis Islam Sarawak tersebut yang memberi kuasa yang lebih luas kepada Majlis Islam. Dengan diperluaskan bidangkuasa ini kerajaan merasa perlu Majlis Islam Sarawak menumpu perhatian kepada soal-soal dasar yang berkaitan dengan Islam sahaja. Perlaksanaan dasar-dasar dan pentadbiran diserahkan kepada satu jabatan khusus yang bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Islam Sarawak.

Tertubuhnya Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 bertujuan untuk memperkemaskan lagi pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sarawak. Perlaksanaan dasar dan pentadbiran Islam di jalankan oleh Jabatan dan Majlis Islam Sarawak sebagai kuasa tertinggi mengenai Islam di Sarawak hanya menggubal dan meluluskan soal-soal yang berhubung dengan dasar.

Jabatan Agama Islam Sarawak telah diperuntukkan Kepala No.49 oleh Setiausaha Kewangan Negeri.


Sumber : Bhgn. Sebaran Am, JAIS

 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke TalikhidmatPautan ke MSC Malaysia