Peta Laman | Maklum balas / Komen | Mobile Web Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 AAA  Malay  | English
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak | Official Website of Department Islamic Affairs of Sarawak
Pautan ke RSS Berita Pautan ke RSS Aturcara Kemaskini Pada: 21 Mei 2013
Versi 4.3.2
SYARAT DAN KONDISI | PROVASI | KESELAMATAN | Penafian | NOTIS HAK CIPTA | Soalan Lazim

 
Carian
 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DAN PORTAL INFORMASI

E-Masjid E-Hidayah


Anjung Masjid Portal Halal Malaysia


Borang Permohonan E-Halal


PIAGAM PELANGGAN

Picture


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN


HUBUNGI KAMI

Pengarah,
Jabatan Agama Islam Sarawak
Anjung Kiri, Bangunan Mahkamah Syariah
93400 Kuching, Sarawak.

Telefon : 082 429811
Faks : 082 258145
Emel : kgjaishq@sarawak.gov.my
Peta Lokasi


WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis
0800 am - 0100 pm
0200 am - 0500 pm

Jumaat
0800  am - 1145 pm
0215 am - 0500 pm


UNDIAN
Adakah paparan maklumat di laman sesawang kami amat berinfomasi kepada anda?

LAGI...

Bahagian Pendakwaan Syariah Cetak Bahagian Pendakwaan Syariah

PENDAHULUAN
Bahagian Pendakwaan merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk menjalankan Pendakwaan Kes-Kes Jenayah Syariah di Mahkamah Syariah di Seluruh Negeri Sarawak.
Pada 1 Disember 2004, Ordinan Syariah Sarawak 2001 telah diwartakan untuk dilaksanakan penguatkuasaannya di seluruh Negeri Sarawak. Antara Ordinan yang terlibat ialah :

  1. Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001
  2. Ordinan Mahkamah Syariah, 2001
  3. Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001
  4. Ordinan Tatacara Mal Syariah, 2001
  5. Ordinan Tatacara Jenayah Syariah, 2001
  6. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, 2001
  7. Ordinan Keterangan Syariah, 2001

Picture

OBJEKTIF BAHAGIAN PENDAKWAAN
Menjalankan pendakwaan jenayah syariah berteraskan prinsip keadilan dan memberi kefahaman perundangan berkaitan jenayah syariah kepada masyarakat.

  1. Memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan dihadapkan mana-mana Mahkamah Syariah. Seksyen 26(1) Ordinan Mahkamah Syariah 2001
  2. Menghadiri prosiding di mana-mana Mahkamah Syariah bagi tujuan sebutan, pendengaran, perbicaraan dan keputusan, rayuan atau semakan dan sebagainya.
  3. Menyediakan kertas-kertas pendakwaan termasuk kertas pertuduhan.
  4. Menyemak dan memastikan kesempurnaan kertas siasatan daripada pihak Penguatkuasaan.
  5. Memberi nasihat, pandangan terhadap apa-apa cadangan untuk memperkasakan aspek-aspek perundangan syariah.
  6. menyediakan laporan kes dan statistik kes-kes pendakwaan.
  7. Mengadakan sesi taklimat.
  8. Mendokumentasi prosiding, seminar, kursus, latihan dan sebagainya sebagai bahan rujukan Bahagian Pendakwaan.
  9. Mengadakan bahan-bahan rujukan (Pusat Sumber) perundangan Islam samada Jurnal Undang-Undang, Statut, Enakmen/Ordinan, kaedah.        

AKTIVITI & PROGRAM BAHAGIAN PENDAKWAAN

Mengadakan siri program taklimat pencegahan jenayah syariah.
Mengadakan bengkel dalaman bagi meningkatkan profesionalisme Pegawai Pendakwa.
Kerjasama mengadakan bengkel, seminar dan latihan dengan Bahagian Penguatkuasaan JAIS dan Mahkamah Syariah [JKSS]
Mengadakan sesi lawatan kerja dengan Jabatan/Agensi yang berkaitan.
Memberi panduan dan nasihat perundangan Syariah kepada masyarakat umum dan jabatan.

PIAGAM PELANGGAN

Semua aduan dan maklumat yang diterima oleh Bahagian Pendakwaan selepas siri Taklimat diambil tindakan dalam tempoh EMPAT BELAS [14] HARI BEKERJA.
Memastikan Fail Kes yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasa didaftarkan dalam tempoh SATU [1] HINGGA [TIGA] HARI BEKERJA.
Fail Kes yang telah lengkap diproses dalam tempoh EMPAT PULUH DUA [42] HARI BEKERJA dan didaftarkan ke Mahkamah Syariah.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pihak kami  membantu untuk memberi Penerangan berhubung Kesalahan Jenayah Syariah  dan  Penalti di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di bawah Ordinan 2001

Permohonan boleh dikemukakan ke alamat :

 Pengarah
Jabatan Agama Islam Sarawak
Bangunan Mahkamah Syariah
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
[ U.P : Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan]

No. Telefon untuk dihubungi : 082 – 241257

No. Faks                               : 082 - 258145


Picture

Staff Bahagian Pendakwaan

 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke TalikhidmatPautan ke MSC Malaysia