|
PIAGAM PELANGGAN |
|
- Mengeluarkan Borang Kebenaran Berkahwin dalam tempoh TIGA (3) HARI BEKERJA selepas menerima permohonan lengkap dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Nikah dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah dokumen perkahwinan yang lengkap diterima dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Cerai dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA setelah fi dibayar dan tamat tempoh iddah.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Ruju’ dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA setelah ruju’ disahkan dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Nikah Gantian/ Cabutan Daftar Nikah/ Catatan Asal Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri/ Perkahwinan Terdahulu dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah permohonan didaftarkan dan dibayar fi.
- Mengeluarkan tauliah Penolong Pendaftar (Jurunikah) dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah keputusan Mesyuarat Majlis Islam Sarawak diterima.
- Mengemukakan maklumbalas awal aduan awam dalam tempoh SATU (1) HARI BEKERJA kepada pengadu dan perincian maklumbalas dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA dari tarikh aduan
- Menyiapkan cetakan Khutbah selewat-lewatnya HARI RABU SETIAP MINGGU
- Mengemaskini Laman Web Jabatan DUA (2) KALI SETIAP MINGGU
- Semua aduan dan maklumat yang diterima oleh Bahagian Pendakwaan selepas siri taklimat diambil tindakan dalam tempoh EMPAT BELAS [14] HARI BEKERJA
- Memastikan Fail Kes yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasa didaftarkan dalam tempoh SATU [1] HINGGA [TIGA] HARI BEKERJA.
- Fail Kes yang telah lengkap diproses dalam tempoh EMPAT PULUH DUA [42] HARI BEKERJA dan didaftarkan ke Mahkamah Syariah.
- Mengeluarkan resit pada HARI YANG SAMA selepas pembayaran diterima
- Menyerahkan baucar bayaran ke Jabatan Perbendaharaan Negeri/ Bahagian dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA dari tarikh terima bil/ tuntutan yang lengkap
|
| |
|
|
|