|
Kod Etika |
|
|
KOD ETIKA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK
Seluruh warga JAIS hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip dan etika seperti berikut:
1. AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB
- Sedia bertugas dan bertanggungjawab
- Sentiasa melaksanakan tugas sebagai satu ibadah
- Mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam menjalankan tugas
- Tidak membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi
- Melaksanakan sesuatu tugas dalam tempoh yang ditetapkan
- Sentiasa menjaga nama baik jabatan
2. IKHLAS & SIDDIQ
- Jujur dalam melaksanakan apa-apa tugasan yang diberikan
- Bercakap benar dan menepati janji
- Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan tugas
- Menjalankan tugas dengan benar dan betul
3. TELUS & BERINTEGRITI
- Mengamalkan syura dalam tindakan dan keputusan
- Yakin dalam menegakkan kebenaran
- Memaklumkan apa-apa keputusan kepada yang berhak
- Mengamalkan nilai-nilai kejujuran dan keluhuran dalam semua urusan
4. KOMITMEN & DEDIKASI
- Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
- Bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa dengan hati yang terbuka
- Sentiasa berusaha untuk menghasilkan kualiti kerja terbaik ke arah pencapaian visi dan misi jabatan
5. PROFESIONAL & BIJAKSANA
- Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan tugas
- Bertindak dengan arif, berdasarkan ilmu dan fakta
- Sentiasa kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing
- Bertindak dalam keadaan tenang tanpa dipengaruhi emosi
- Tenang dan sabar dalam menghadapi apa jua masalah dan tekanan
6. SEMANGAT UKHUWAH & KERJA BERPASUKAN
- Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan
- Sentiasa bersikap positif dan bertolak ansur
- Bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mendapatkan yang terbaik
- Menerima teguran dengan fikiran yang terbuka
- Memberi pendapat secara berhemah
7. MESRA PELANGGAN
- Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
- Sabar menghadapi kerenah pelanggan
- Menangani masalah pelanggan dengan berhikmah dan professional
- Menepati dan mematuhi Piagam Pelanggan Jabatan
8. ADIL & SAKSAMA
- Bersikap adil dalam melaksanakan tugasan tanpa menyebelahi mana-mana pihak yang berkepentingan
- Membuat penilaian secara objektif dan profesional berdasarkan fakta dan peraturan yang telah ditetapkan
- Tidak bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan
9. BERAKHLAK & BERDISIPLIN
- Sentiasa berkelakuan baik dan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada
- Sentiasa menepati masa
|
| |
|
|
|