|
PENDAHULUAN
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syarie, merupakan salah sebuah bahagian yang menjalankan fungsi utama (core business) di Jabatan Agama Islam Sarawak secara keseluruhannya. Memegang amanah untuk mentadbir dan mengurus pelaksanaan Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001 meliputi urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam Negeri Sarawak. Begitu juga dalam hal ehwal pembangunan keluarga Islam dan pembangunan sosial masyarat Islam.
Bahagian ini ditadbir oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan dioperasikan oleh 10 orang kakitangan yang dibahagikan kepada dua (2) unit utama seperti berikut :
- Unit Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR), dan
- Unit Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)
VISI BAHAGIAN
Ke arah pembentukan keluarga bahagia dan cemerlang.
MISI BAHAGIAN
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syarie komited untuk mencapai visi pembentukan keluarga cemerlang melalui perkhidmatan berkualiti, pendidikan kekeluargaan dan program-program yang berkesan.
FUNGSI ASAS BAHAGIAN
- Mentadbir Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001.
- Mengendalikan urusan permohonan perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perceraian, permohonan ruju’ dan pendaftaran ruju’.
- Mengendalikan Kursus Praperkahwinan, Temuduga Nikah, Akad Nikah dan Lafaz Ruju’.
- Mengurus perlantikan dan pentauliahan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar (Jurunikah) Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Negeri Sarawak.
- Mengendalikan Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Pusat Pembangunan Sosial.
- Menganjurkan program atau akviti berhubung kekeluargaan Islam.
PIAGAM PELANGGAN
- Mengeluarkan Borang Kebenaran Berkahwin dalam tempoh TIGA (3) HARI BEKERJA selepas menerima permohonan lengkap dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Nikah dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah dokumen perkahwinan yang lengkap diterima dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Cerai dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA setelah fi dibayar dan tamat tempoh iddah.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Ruju’ dalam tempoh TUJUH (7) HARI BEKERJA setelah ruju’ disahkan dan dibayar fi.
- Mengeluarkan Surat Asal Perakuan Nikah Gantian/ Cabutan Daftar Nikah/ Catatan Asal Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri/ Perkahwinan Terdahulu dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah permohonan didaftarkan dan dibayar fi.
- Mengeluarkan tauliah Penolong Pendaftar (Jurunikah) dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA setelah keputusan Mesyuarat Majlis Islam Sarawak diterima.
BIDANG TUGAS
Unit Nikah, Cerai dan Ruju’
- Mentadbir dan memantau pelaksanaan prosedur perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di seluruh Negeri Sarawak agar sejajar dengan peruntukan Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 2001.
- Menerima dan menguruskan permohonan perkahwinan dan ruju’ orang Islam di Negeri Sarawak.
- Menerima dan menguruskan permohonan pendaftaran perkahwinan, perceraian, ruju’.
Unit Pusat Pembangunan Keluarga Islam
- Merancang, melaksana program berbentuk mendidik, informatif dan proaktif kepada masyarakat.
- Mengenal pasti populasi yang berpotensi dan bermasalah untuk diberi didikan dan pendedahan awal di peringkat awal.
- Memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mencorakkan sistem pendidikan anak-anak dari awal kehamilan.
- Memberikan khidmat nasihat bertujuan membantu menyelesaikan masalah umum atau masalah rumahtangga yang tidak melibatkan permohonan cerai.
- Memberi garis panduan kepada ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di peringkat remaja dalam usaha melahirkan anak-anak yang soleh.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
a) Permohonan Surat Asal Perakuan Nikah Gantian (rosak atau hilang). b) Pendaftaran semula Perkahwinan Luar Negara dengan kebenaran.
- Pendaftaran Perkahwinan Terdahulu :
- Bagi pasangan yang berkahwin mengikut Undang-Undang Adat dan memeluk Agama Islam.
c) Bagi pasangan yang berkahwin dalam tahun 1970-an ke bawah yang tidak mempunyai Surat Asal perakuan Nikah.Permohonan Surat Pelepasan Majikan untuk menghadiri Kursus Praperkahwinan.
MAKLUMAT BAHAGIAN
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syarie (PUUS)
Jabatan Agama Islam Sarawak
Aras Bawah, Anjung Kanan,
Bangunan Mahkamah Syariah,
93400, Jalan Satok, KUCHING
No. Tel :
082-410845 (AM)
082-410846 (NCR)
082-426603 (PPKI)
No. Faksimili : 082-258145 |