Bahagian Penguatkuasaan
 

Mukadimah

Bahagian Penguatkuasaan merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap menguatkuasakan peruntukan undang-undang syariah negeri Sarawak dan mengurus pensijilan halal Majlis Islam Sarawak seperti menerima aduan, menjalankan siasatan, membuat operasi pemantauan dan pemeriksaan aduan-aduan berkaitan halal.


Fungsi

Mengendalikan semua prosiding jenayah syariah Negeri Sarawak dan program kesedaran undang-undang syariah Negeri Sarawak.

Menguatkuasakan peruntukan undang-undang syariah Negeri Sarawak dan mengurus pensijilan halal Majlis Islam Sarawak.


Piagam Pelanggan Penguatkuasaan

1. Mengambil tindakan awal seperti pendaftaran kes terhadap semua aduan dan maklumat yang diterima dengan segera atau dalam tempoh satu (1) hari.

2. Tindakan penyiasatan akan diambil setelah aduan tersebut dikenalpasti wujudnya kesalahan.

3. Semua tindakan penyiasatan dan penguatkuasaan dibuat dengan adil dan saksama bagi menjamin hak kebebasan individu menurut hukum syarak dan perlembagaan.

4. Setiap siasatan yang lengkap hanya akan diselesaikan menurut garis panduan dan proses undang-undang yang ditetapkan

5. Semua siasatan yang telah lengkap akan dihantar untuk semakan akhir ketua Penguatkuasaan Syarie sebelum dihantar untuk pendakwaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

6. Melaksanakan semua prosiding penyiasatan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip-prinsip hukum syarak.


Objektif Bahagian

  1. Pemerkasaan perundangan syariah dalam masyarakat Islam.

  2. Membuat tindakan terhadap setiap aduan

  3. Menjalankan siasatan dengan sistematik

  4. Menjalankan pemantauan menurut bidangkuasa

  5. Menguruskan pensijilan dan pemantauan produk halal

Punca-punca Kuasa


  • Akta Perihal Dagangan (APD) 1972;

  • Akta (326) Percetakan Teks Al-Quran 1986

  • Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001(BAB 41)

  • Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak, 2001 (BAB 42)

  • Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, 2001 (BAB 43)

  • Ordinan Tatacara Mal Syariah Sarawak, 2001 (BAB 44)

  • Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak, 2001 (BAB 45)

  • Ordinan Keterangan Syariah Sarawak, 2001 (BAB 47)

  • Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal' ) 1975;

  • Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975;

  • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001;
  • Akta Makanan 1983 (Akta 281 ) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

  • Animal Rules Ordinance 1962;

  • Custom Act 1962;

  • Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan


MAKLUMAT BAHAGIAN

 

Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Agama Islam Sarawak

Aras 5, Anjung Kanan,

Bangunan Mahkamah Syariah,

93400, Jalan Satok, KUCHING

No. Tel : 082-429812

No. Faksimili   : 082-258145