Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Pengumuman
24 OGOS 2017 : NOTIS PENARIKAN BALIK SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA : PARAMOUNT INN SDN BHD (PARAMOUNT HOTEL)
Dipaparkan pada 18 Sep 2017

NOTIS PENARIKAN BALIK

SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA

 

NO. SIRI     : A65745 & A65746

SYARIKAT : PARAMOUNT INN SDN BHD (PARAMOUNT HOTEL)

 

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal-Majlis Islam Sarawak Bil 7/2017 memutuskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi PARAMOUNT INN SDN BHD (PARAMOUNT HOTEL) beralamat di NO 3, LORONG 9A, JALAN KAMPUNG DATO 96000, SIBU, SARAWAK bernombor siri A44957 DITARIK BALIK dan  syarikat TIDAK DIBENARKAN menggunakan Logo Halal Malaysia berkuatkuasa pada 24 Ogos 2017 kerana ketidakpatuhan & kesalahan berulang melibatkan Klausa 10.4.2 KESALAHAN BESAR (i) :

(a)     Perubahan/ penambahan pembekal/ pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM/ MAIN/ JAIN

(h)     tiada pekerja Muslim atau jumlah pekerja Muslim tidak memenuhi prosedur ditetapkan di kawasan pemprosesan/ dapur

dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM),Semakan Ketiga (2014).


Dikeluarkan Oleh :

Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Agama Islam Sarawak

082-507309

*Surat No Ruj : JAIS/HALAL/UPP-5 JLD. 1( 136 ) bertarikh 6 September 2017 adalah dirujuk.


MUAT TURUN : Pdf Version