Bahagian dakwah merupakan bahagian yang menjalankan aktiviti-aktiviti utama jabatan (core business) dan mempunyai jumlah kakitangan yang paling ramai. Bahagian ini bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan meningkatkan kefahaman serta amalan Islam di kalangan masyarakat Islam di Negeri Sarawak. Untuk merealisasikan tanggungjawab ini, maka bahagian dakwah telah dibahagikan kepada empat unit iaitu :

   
 
   
FUNGSI
 
  • Merancang dan mengendalikan program untuk mempertingkatkan kefahaman Islam melalui ceramah, seminar, kursus, bengkel, forum, latihan dan aktiviti-aktiviti lain
  • Menyelaras dan memantau program peningkatan kefahaman Islam dengan agensi lain
  • Menerima jemputan bacaan doa dan mengurus kebenaran mendirikan sembahyang jumaat, serta mengurus kebenaran mengajar agama dan ceramah.
  • Mengurus pelantikan Jawatankuasa Pentadbir Masjid/Surau, Imam, Bilal, merabot, guru takmir dan ahli-ahli lembaga Amanah Kebajikan Islam/ Masjid
  • Merancang, mengendalikan dan memantau program pengimarahan masjid dan surau
  • Mengurus pendaftaran penggredan dan penaiktarafan masjid dan surau.
  • Mengendalikan urusan pengislaman dan hal ehwal saudara kita
  • Merancang dan mengendalikan program pembangunan pengajian, kefahaman dan penghayatan Al-Quran
  • Mengurus perakuan guru agama luar di bawah Pas Lawatan Ikhtisas
  • Mentashih Mushaf Al-Quran dan bahan-bahan penerbitan Al-Quran dan menjadi urus setia Majlis Tilawah Al-Quran
AKTIVITI - Antara sumber yang dikawal
  • Masjid - 241 (Skim Perkhidmatan Pegawai Masjid)
  • Gred I   -   10 Buah (Masjid Bahagian)
  • Gred II  -   16 Buah (Masjid Daerah)
  • Gred III -   27 Buah (Masjid Daerah Kecil)
  • Gred IV -   188 Buah (Masjid Kampung)
  • Pegawai Masjid   -   715 orang
  • Lembaga Masjid  -   74 Buah
  • Surau               -   724 Buah
AKTIVITI
  • Khidmat pembaca doa, penceramah, pengajar, panel forum, khatib dan lain-lain
  • Perancangan dan pengendalian kursus, seminar, bengkel, kelas dan lain-lain
  • Kebenaran mengajar Agama Islam
  • Perakuan pengeluaran Pas Lawatan ikhtisas dan Tauliah mengajar Agama Islam Sementara bagi Guru Agama Luar
  • Pemantauan Guru Agama Luar
  • Pendaftaran masjid/surau dan penggredan semula masjid
  • Penubuhan/pembaharuan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid/Islam
  • Pelantikan Pegawai Masjid
  • Naiktaraf surau ke masjid
  • Skim Perkhidmatan Pegawai Masjid (SPPM)
  • Pelantikan dan pemantauan Guru Takmir masjid/surau
  • Perletakan jawatan Pegawai Masjid dan Guru Takmir
  • Urusan pengislaman dan pengendalian kes cubaan murtad
  • Pengeluaran Kad Pengesahan Manganut Agama Islam
  • Penerimaan dan pengagihan bantuan kebajikan (barang/wang)
  • Pengendalian ziarah kebajikan
  • Pentashihan Mushaf Al-Quran/bahan penerbitan Al-Quran
  • Urusan Majlis Tilawah Al-Quran
PROSES KERJA
 
  • Permohonan Khidmat Pembaca Doa/ Penceramah/ Pengajar/ Panel Forum/Khatib
  • Perancangan Dan Pengendalian/Penganjuran Kursus/Seminar/Bengkal/Kelas dan lain-lain
  • Pemohonan Kerjasama Penganjur Program
  • Permohonan Kebenaran Mengajar Agama Islam
  • Permohonan Kebenaran Mengajar Agama Islam Bagi Warganegara Asing (Permohonan Baru dan Kes-Kes Yang Ada Kesangsian Dan/Atau Tidak Jelas Bagi Permohonan Lanjutan)
  • Permohonan Kebenaran Mengajar Agama Islam Bagi Warganegara Asing (Permohonan Lanjutan)
  • Permohonan Rayuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Bagi Warganegara Asing
  • Pemantauan GAIWA
  • Permohonan Pembinaan/Pendaftaran Masjid Dan Surau
  • Penubuhan/Pembaharuan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid/Islam
  • Pendaftaran Jawatankuasa Masjid/Surau
  • Perlantikan Pegawai Masjid
  • Pelantikan Semula Pegawai Masjid
  • Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat
  • Permohonan Penggredan Semula Masjid
  • Permohonan Naiktaraf Surau Ke Masjid
  • Permohonan Skim Perkhidmatan Pegawai Masjid (SPPM)
  • Perlantikan Guru Takmir Masjid Dan Surau (Permohonan Baru)
  • Perlantikan Semula Guru Takmir Masjid Dan Surau
  • Kerja Pemantauan Guru Takmir (GT)
  • Permohonan Perletakan Jawatan Pegawai Masjid/Guru Takmir
  • Permohonan Memeluk Islam
  • Pengeluaran Kad Pengesahan Menganut Agama Islam
  • Pengendalian Kes Cubaan Murtad
  • Penerimaan Bantuan (Barang dan Wang)
  • Pengagihan Bantuan (Barang dan Wang)
  • Pentashihan Mushaf Al-Quran/Bahan Penerbitan Al-Quran
 
 

Hakcipta Terpelihara
Jabatan Agama Islam Sarawak 2003