Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan petunjuk-Nya jua, Jabatan Agama Islam Sarawak telah dapat memperbaiki dan menyediakan sebuah Laman Web Rasmi, sebagai wadah kepada awam. Komitmen yang tinggi dan usaha yang gigih dan berterusan sebegini adalah diharapkan agar prasarana IT yang disediakan dapat dipergunakan semaksima mungkin.

Sebagai sebuah agensi yang mentadbir hal-ehwal Islam di Sarawak, perkhidmatan kepada orang awam seharusnya sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan selaras dengan Visi dan Misi Jabatan. Selain dari itu melalui laman web ini, masyarakat luar boleh mendapat maklumat mengenai aktiviti Jabatan. Maklumat pada laman ini seharusnya sentiasa diperkemas dan relevan dengan keadaan semasa agar pelayar tidak hilang minat dan kepercayaan.

Akhir sekali saya doakan semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan seterusnya mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.

Wassalam.

 

YYYBhg. Datu Misnu Bin Haji Taha, Pengarah Jabatan

YBhg. Datu Misnu Bin Haji Taha
Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak

Sumber : Bhgn. Sebaran Am, JAIS

       
 
   
       

Hakcipta Terpelihara
Jabatan Agama Islam Sarawak 2003