Mengikut
rekod yang ada, aktiviti dakwah Islamiah telah bermula sekitar
kurun ke-16 di kawasan-kawasan persisiran negeri Sarawak. Bila
Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1842, urusan
berkaitan dengan Islam dikendalikan oleh Datu-Datu yang dilantik
oleh kerajaan pada masa itu.
Pada
17 Disember 1954 kerajaan telah meluluskan satu perundangan dengan
nama Majlis Islam (Incorporation) Ordinance Chapter 105. Dengan
ordinan tersebut tertubuhlah "Council of Religion and Malay
Customs" atau Majlis Islam dan Adat Melayu. Perkara yang
berhubung dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak ditadbir secara
langsung oleh Majlis Islam Sarawak.
Setelah
Sarawak merdeka dalam Malaysia, tugas dan tanggungjawab Majlis
Islam Sarawak dalam mengendali urusan hal ehwal Islam di Sarawak
semakin mencabar dan berat. Beberapa pindaan dan tambahan telah
dilakukan kepada Ordinan Majlis Islam Sarawak tersebut yang memberi
kuasa yang lebih luas kepada Majlis Islam. Dengan diperluaskan
bidangkuasa ini kerajaan merasa perlu Majlis Islam Sarawak menumpu
perhatian kepada soal-soal dasar yang berkaitan dengan Islam sahaja.
Perlaksanaan dasar-dasar dan pentadbiran diserahkan kepada satu
jabatan khusus yang bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Islam
Sarawak.
Tertubuhnya
Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 bertujuan untuk
memperkemaskan lagi pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sarawak.
Perlaksanaan dasar dan pentadbiran Islam di jalankan oleh Jabatan
dan Majlis Islam Sarawak sebagai kuasa tertinggi mengenai Islam
di Sarawak hanya menggubal dan meluluskan soal-soal yang berhubung
dengan dasar.
Jabatan
Agama Islam Sarawak telah diperuntukkan Kepala No.49 oleh Setiausaha
Kewangan Negeri.
Sumber : Bhgn. Sebaran Am, JAIS
|