Membentuk
masyarakat Islam di negeri Sarawak sebagai masyarakat terbaik
dan menjadi ikutan kepada masyarakat lain sesuai dengan
pengertian firman Allah S.W.T dalam Al-Quran...
"Kamu
(Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia" (Ayat 110 Surah Ali
Imran)
isi
Tekad
dan Azam ...
Membangun
individu, keluarga dan masyarakat Islam dalam semua
aspek kehidupan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah...
bjektif
Objektif
penubuhan :
Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Islam Sarawak
Membimbing umat Islam memahami dan menghayati ajaran Islam
yang sebenar
Memastikan perlaksanaan ajaran Islam mengikut fahaman Ahlus
Sunnah Wal Jemaah
Menyedarkan umat Islam agar berdayamaju demi kebahagiaan hidup
di dunia
dan akhirat
Mempereratkan silaturahim dan perpaduan di kalangan umat Islam
Memberi penerangan secara hikmah kepada masyarakat majmuk
tentang Islam tanpa menimbulkan prasangka dan salah faham
Membangun dan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat
Islam yang penyayang dan cemerlang
Memantapkan aqidah umat Islam dan membendung mereka daripada
pengaruh ajaran menyeleweng dan sesat
Membangunkan sekolah-sekolah agama kerajaan negeri agar cemerlang
dan berkualiti
Membendung jenayah-jenayah syariah di negeri Sarawak